Gajah betina yang kudung kaki kirinya di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang menerima hadiah yang cukup istimewa iaitu kaki palsu baru bagi memudahkannya untuk bergerak.
Gajah berusia 13 tahun yang diberi nama Selendang itu kehilangan kakinya itu selepas terpijak jerat dawai pemburu haram di FELDA Selendang 3, Rompin kira-kira 10 tahun lalu.