Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.
Mulai tahun 1984, kejohanan ini diadakan bersama-sama dengan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan masa yang sama.
Pertandingan Piala Uber yang pertama telah diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain, pada tahun 1957. Hal ini adalah kerana timbul desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa bagi wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat memenangi kejohanan terbabit selepas menewaskan Denmark 6-1 pada peringkat akhir. Piala Uber diadakan setiap tiga tahun sehinggalah tahun 1984. Mulai tahun 1986 kejohanan ini dianjurkan setiap dua tahun. Cuma empat negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, China, dan Indonesia yang berjaya memenangi piala ini.
Sumber: Wikipedia

















