Keputusan pertandingan pameran foto "Dunia di Mata Diplomat Tiongkok ke-4" anjuran Persatuan Fotografi Kementerian Luar Tiongkok diumumkan baru-baru ini. Seramai 300 peminat dari kementerian tersebut telah menyertai kompetisi kali ini dengan menyerahkan lebih 1,200 karya. Melalui pemilihan yang dilakukan oleh ahli fotografi yang berwibawa dari pelbagai badan termasuk Persatuan Fotografi Tiongkok, Agensi Berita Xinhua dan Harian China, 60 foto memenangi hadiah berkenaan.
Kompetisi ini bertujuan untuk mempamerkan apa yang disaksikan, dibuat dan dirasai diplomat Tiongkok, memperkenalkan pekerjaan, kehidupan dan perasaan diplomat Tiongkok pada zaman kontemporari, dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kalangan diplomat serta sektor diplomasi.
Pameran foto berkenaan bakal dirasmikan di Muzium Ibukota pada 14 September dan dibuka pada 14 hingga 23 bulan ini.