Slogan: Bandar Mata Air Dunia, Daya Tarikan Jinan
Lokasi: Terletak di bahagian tengah barat Provinsi Shandong, dan ialah ibu kota provinsi itu.
Jinan merupakan sebuah bandar sosiobudaya yang terkenal yang dan mendapat gelaran "mata air terbaik di dunia". Sebanyak 733 buah mata air alam semula jadi terdapat di bandar ini. Antarnya, yang paling terkenal ialah Mata Air Baotu yang digelar "mata air pertama di dunia", dan Mata Air Baimai yang dianggap sebagai " pemandangan ajaib dunia".
Jinan merupakan tempat asal budaya Gunung Longshan yang sebagai salah satu budaya purba China pada zaman silam. Tapak Chengziya di Jinan yang menjadi contoh " hasil tamadun dunia yang paling halus sejak 4,000 tahun yang lalu" ialah tempat bermulanya budaya Longshan pada akhir zaman Batu Baru. Tugu dan Kuil Nenek Moyang Guo di atas Gunung Xiaotang ialah bangunan di permukaan bumi yang dibina paling awal dalam sejarah China. Manakala lukisan dan tulisan di dalam kuilnya disenaraikan sebagai "batu bersurat seni kaligrafi China yang amat mengagumkan". Menara Si'men di Liupu merupakan menara batu satu tingkat yang paling purba dan masih wujud di China. Kuil Lingyan di Kaunti Changqing merupakan kuil yang pertama wujud pada zaman purba dan 40 buah patung tanah liat Lohan dari zaman Dinasti Song dengan seni binanya yang amat menakjubkan ini digelar "patung yang paling termasyhur China".
Tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah China, seperti Bianque, iaitu bapa ubat-ubatan tradisional China, Liqingzhao, Xinqiji, iaitu sasterawan China yang terkenal semuanya berasal dari Jinan.
Lalu lintas di Jinan amat mudah. Untuk ke Jinan, dengan menaiki kereta api dengan hanya memerlukan dua jam dari Beijing dan Shanghai.