Tempat: Terletak di bahagian barat daya Xinjiang, dekat dengan bahagian barat Gunung Tian, Dataran Pamirs, Gunung Karakorum dan Padang Pasir Taklimakan.
Kashgar mempunyai empat jenis sumber pelancongan alam semula jadi, iaitu warisan budaya, iaitu adat resam etnik Uygur, mendaki gunung-gunung sesuai didaki, ekspedisi ke padang pasir dan Jalan Sutera. 26 buah etnik hidup bersama-sama di kawasan Kashgar yang diberi gelaran "kampung nyanyian dan tarian di bahagian barat daya China", antaranya termasuk etnik Uygur, Han, Hui, Kyrgyzs serta Uzbek.
Di Kashgar, ada Puncak Qogir yang merupakan puncak gunung kedua paling tinggi di dunia, Puncak Muztahgata yang dianggap "bapa gunung ais", dan tapak-tapak warisan budaya purba, seperti tapak agama Buddha, iaitu Menara Buddha Moer dan Kota Purba Maharaja Dinasti Tang yang sudah bersejarah seribu tahun, serta tapak purba Dinasti Yarkand Khanate.