Tempat: Terletak di kawasan barat daya Provinsi Hei Longjiang, merupakan ibu kota provinsi tersebut dan juga dikenali sebagai pusat politik, ekonomi dan kebudayaan kawasan timur laut China.
Bandar Haerbin merupakan bandar yang indah dengan empat musim berbeza, dan juga dikenali sebagai bandar yang bergaya dan bertamadun. Kehidupan penduduk dan bangunan di bandar ini bergaya Eropah kerana Haerbin banyak menerima pengaruh Eropah dalam sejarah. Maka itu, bandar ini juga dinamakan "Moscow di Timur" dan "Paris di Timur". "Pesta Muzik Musim Panas Haerbin" sudah diadakan diadakan setiap tahun sejak lebih daripada 40 tahun yang lalu. Ia menarik pemuzik dari seluruh dunia datang ke bandar ini dan membuat persempahan di sini. Pesta ini merupakan satu daripada tiga pesta muzik yang terbesar di China dan menjadikan bandar Haerbin "Kota muzik di kawasan Utara China".
Bandar Haerbin juga dikenali sebagai bandar ais. Pesta Ais dan Salji Haerbin yang diadakan setiap tahun sudah menjadi pesta antarabangsa yang menggabungkan kebudayaan, sukan, kesenian, ekonomi dan perdaganan, sains dan teknologi serta pelancongan.