Lokasi: Terletak di bahagian tengah, selatan Provinsi Shaanxi. Ia merupakan ibu kota provinsi.
Xi'an pernah merupakan tempat kediaman "orang Lantian", iaitu manusia purba yang berjalan tegak pada 1.15 juta tahun sebelum Masihi dan orang Banpo yang hidup pada 6,000 tahun sebelum Masihi. Bandar ini ialah tempat bermulanya budaya purba China. Sebanyak 13 buah dinasti pernah menjadikan Xi'an ibu kota pemerintahan dan ini menjadikannya kota yang paling terkenal sejarahnya di China. Destinasi pelancongan yang paling terkenal di Xi'an ialah Terracotta atau patung tanah liat dari zaman Dinasiti Qin, Makam Peringatan Maharaja Huangdi, Tembok Bandar Xian dan Taman Batu Bersurat Xi'an serta Peninggalan Buddha Sakyamuni.
Pemandangan di Xian juga amat istimewa lagi mempesonakan. Di bahagian timur, ada Gunung Hua yang tinggi mengawan dan Mata Air Panas Huaqing Maharaja. Di bahagian selatan, ada Taman Hutan Negara Gunung Taiping, Zhuque dan Taibai. Di sini juga terdapat Taman Hidupan Liar Xi'an dan Kawasan Ekologi Sungai Shanhe dan Bahe yang digelar "Kota Air Pertama di Bahagian Barat China", serta Taman Teratai Dinasti Tang, iaitu taman diraja yang pertama menampilkan cara hidup maharaja pada zaman kemakmuran Dinasti Tang.