Sebaik sahaja melangkah turun dari bas, serta-merta kami dibelai oleh bayu laut yang nyaman dan berbau kemasin-masinan. Hari ni hari pertama berjalan-jalan di bandar Xiaman. Cuaca cerah, langit pun biru. Seolah-olah Xiamen sendiri mengalu-alukan kedatangan kami.
Hari cerah, langit biru
Destinasi untuk hari ini adalah sebuah pulau yang bukan sahaja kaya dengan pemandangan alam semula jadi yang indah, tetapi juga mempunyai pelbagai tarikan lain seperti taman dan muzium. Untuk sampai ke pulau Gulangyu tersebut, kami menaiki feri selama beberapa minit. Ada juga bot nelayan yang sedang berpusing-pusing di perairan itu.
Feri cantik ke pulau Gulangyu