Pejabat Kumpulan Kesenian Boneka Bertali Quanzhou
Sebut sahaja boneka, kita tentu akan segera memikirkan patung-patung comel yang beraksi untuk menghiburkan kanak-kanak. Sekiranya sampai ke Quanzhou, kita akan sedar bahawa ini sangkaan yang terlalu mudah.
Pada awal pagi, kami dibawa melawat ke pejabat Kumpulan Kesenian Boneka Bertali Qianzhou. Ketika berbual-bual bersama encik Wang, ketua kumpulan tersebut, kami dimaklumkan bahawa seni ini berasal dari kawasan pedalaman China dan dibawa ke Quanzhou oleh penduduk yang ingin melarikan diri daripada peperangan yang sering berlaku di kawasan tersebut. Setelah itu, seni ini berjaya berakar umbi sehingga menjadi bersinonim dengan bandar Quanzhou.
Berbual-bual bersama encik Wang, ketua Kumpulan Kesenian Boneka Bertali Quanzhou