Laluan ke makam yang sedia ada sejak beratus-ratus tahun lalu
Seterusnya kami singgah di makam suci yang tidak bernama, tempat persemadian dua orang utusan Nabi Muhammad SAW yang datang pada tahun 632 mengikut rombongan Abi Waqqas untuk menyebarkan agama Islam di China. Seperti biasa, suasananya hening, dan timbul sedikit perasaan sayu melihat makam kuno itu. Namun, ada juga perasaan kagum yang lahir di dalam hati, kerana makam itu yang dibina beratus-ratus tahun lalu masih lagi tegak berdiri, bahkan terjaga dengan rapi berkat sumbangan penduduk tempatan.